Thursday, November 13, 2008

Detik Kelahiran & Saat Kematian

Ada pendapat yang mengatakan detik kelahiran dan kematian itu sama. Maksudnya, kita akan dijemput oleh Allah pada hari yang sama dengan hari kelahiran kita. Aku menerima pendapat ini seadanya kerana detik kelahiran itu mengajak kita merenung dan mengingati detik kematian...

Kita perlu sering mengingati mati. Itu hakikatnya di adakan majlis hari jadi...



Tahun Gajah & Tahun Rahsia.

Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin, l2 Rabi’ul Awwal Tahun Gajah. Mengapa tahun Gajah? Kerana pada tahun itu berlaku peristiwa tentera Abrahah menyerang Ka'abah yang mana akhirnya mereka musnah dek batu-batu yang dibawa oleh beburung Ababil...
Aku dilahirkan pada hari Rabu 11 November (tak check kalender hijrah) tahun Rahsia. Mengapa tahun Rahsia. Kerana pada tahun itu...sebenarnya tak nak orang tau berapa usia tapi hakikatnya orang jadi tau bila melihat uban memutih di kepala. Tak pe... yang penting hati muda tapi tak la sampai lupa diri lupa mati... Aku pasti ada yang makan ati...



Ini kek hari lahirku yang dihadiahkan oleh Inteam Records (Terima kasih...) Turut berkongsi adalah Hazamin Inteam dan turut meraikan PR Inteam 5ruz yang baru mendirikan mahligai bahagia.



Dan di petangnya pula aku dikejutkan dengan 'suprise birthday party' oleh kawan-kawan yang lembut hati, baik budi dan ramah tamah. Terima kasih semua...

Seumur hidup aku ini yang pertama...

Kek aiskrim secret receipe tu amboi sedapnya...

Sesungguhnya detik kelahiran boleh diduga dan dirancang namun detik kematian itu tak siapa yang tahu dan tak siapa yang dapat menduga...

No comments: