Monday, November 17, 2008

Gurindam Ikan

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri

Salamz. Ramai orang telah terbiasa dengan ungkapan ini tapi mungkin juga tak ramai yang tahu ini adalah antara contoh Pantun dua kerat yang terdapat dalam dunia sastera Melayu. Ia juga boleh dikategorikan sebagai gurindam kerana mempunyai 2 baris ayat yang mana rima di setiap hurufnya sama. Aku suka mengatakannya gurindam kerana gurindam dan aku amat berkait rapat. Ungkapan ini punya maksud yang tersindiri. Kiasan dan sindirannya terlalu mendalam. Penggubah ungkapan ini tentunya telah melalui pelbagai pengalaman hidup dalam kehidupannya sehingga terciptalah ungkapan yang amat berharga ini.

Untuk episod kali ini aku memilih tajuk ini kerana aku juga punya ungkapan tersendiri...
Gelama Siakap Bilis Senohong
Ketawa sekejap menangis bertahun...

Makan kenyang-kenyang
Bila pulang terkenang-kenang
Makan ketika lapar
Berhenti sebelum kenyang...
(Biasanya susah nak diamalkan...)

Sabtu, 15 Nov 2008 Far East dijemput mengadakan persembahan di Malam Kesenian Islam, Sekolah Rendah Rapat Setia, Ipoh. Kisah persembahan ni sudah terlalu biasa tapi yang agak luar biasa adalah 'makan-makan' semasa perjalanan ke sana.

Kalau ke Ipoh, jika berkesempatan aku akan pastikan makan di reatoran 'favourite' iaitu Restoran Tasik Raban, sebelah Stadium. Dah mmg style aku suka makan yang pelik-pelik tapi halal. Sekadar bercerita bukan mempromosi...kat sini kalau makan tengahari tu semua jenis lauk pauk dan ulam ulaman ada. Yang tak de lauk ikan duyung dan ulam daun lalang jer...dan yang penting ikan pekasamnya memang berhantu raya...

Menu kami haritu...Ikan Siakap bakar bersambal (pilih ikan siakap kerana ada yang tak makan ikan darat), Tempoyak ikan baong (ikan darat), Ikan Pekasam, kerang rebus (pilihan Azwan),ulam-ulaman & sambal belacan. Minuman, Teh Misai Kucing Jantan (Meeow...)

Oleh kerana begitu teruja dan tak sabar-sabar nak makan ini jer lah gambar yang dapat dipost buat masa ni...

Episod makan-makan di Restoran Tasik Raban, Ipoh...



Ikan Siakap Panggang bersambal

Gulai Tempoyak ikan Baong


Sebelum persembahan berlangsung sempat la berposing-posing...



Dua orang guru sedang ketawa.
Ahahai...ahahai...ahahai...ketawa lah lagi...
Ketawa guru ketawa berilmu
Ketawa aku ketawa dungu
Ketawa guru tanda setuju
Ketawa aku menutup malu
Ketawa guru telus di kalbu
Ketawa aku hanya aku yang tahu...

1 comment:

Mengukir Sebuah kehidupan said...

sedap sungguh tengok lauk ikan ini hehe...