Wednesday, November 12, 2008

Aku tahu hatiku...



Pengkalan Hulu (dulunya Kroh) Perak, menceritakan segalanya..
Aku sedang cuba mentafsirkannya...



Antara keceriaan dan penderitaan...
Antara senyuman dan airmata...
Sekadar berkongsi rasa dan emosi...


Tidakku pinta lahir ke dunia
Tidakku duga cacat begini
Bukanku minta kasih dan manja
Bukanku rayu bantu simpati...

Dia Syukri, anak saudara Fadzli Far East. Mengalami kecacatan sejak dilahirkan. Telah 13 tahun dia begitu...tidak dapat berjalan, makan disuap dan selamanya tidak dapat menguruskan diri sendiri. Terlantar di kerusi roda...



Bahagian kepalanya semakin membesar dan memberat. Kecacatan pada bahagian tulang belakang menyebabkan dia jadi begitu.

Namun dia cukup istimewa...

Kepetahannya bercakap melayani kami menyebabkan kami merasa begitu mesra dengannya bagai sudah lama mengenalinya... bagai dia seorang insan yang cukup sempurna. Dan yang lebih menyentuh sanubari dia begitu mudah menghafal ayat-ayat suci al-Quran dan sering menjadi basahan bibirnya adalah lagu-lagu nasyid...
Dia tak tahu membaca tapi ingatannya cukup kuat sehingga tiap bait lirik dialunkan dengan begitu sempurna. 'Pitching'nya tepat malah boleh bermain-main 'octave' tanpa sumbang...




Aku hanya menahan sebak tatkala dia mengalunkan bait-bait ini melalui lagu Azimat Ibunda...

Menumpang di segenap ruang

Yang ada di lubuh perkasihan...

...dan airmataku tak tertahan lagi kala dia mengalunkan lagu 'Menanti Di Barzakh...'



Di kediaman yang permai ini dia dipelihara oleh kedua ibubapanya dengan penuh kesabaran dan ketabahan bersama 3 lagi adik beradik yang lain. Dia yang kedua. Abang Longnya telah pergi semasa di dalam kandungan ibunya lagi. Selepas dia 2 orang adik perempuan dan yang bongsu seorang adik lelaki yang tidak kurang hebat kepetahannya. (Juara Pertandingan Bercerita peringkat Tadika Pengkalan Hulu dan Naib Juara peringkat Daerah). Bapanya (Abang Atan), seorang Imam dan ibunya seorang suri rumah.



Syukri...sesungguh kau lebih sempurna dariku...
dan buat ayah dan ibumu...Syurga sedang menunggu...

aku tahu hatiku tak sekuat mana untuk mengagahi ujian sehebat itu...




Lorong ke kediaman Syukri tampak sepi, sesepi hatinya kala tiada siapa yang sudi menghampiri dan menziarahi...




Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

1 comment:

ash said...

sedih dan simpati dari saya, semoga terus tabah mengharungi kehidupan ini...