Wednesday, February 25, 2009

Kembara Ke Pantai Timur Pulak...



Cantik kan...inilah dia Sata.

Salamz. Aku memang suka makan pasal tu aku suka masak. Sedap aku makan tak sedap pun aku makan. Semua makanan adalah favourite aku. Kalau berjalan-jalan aku suka cari makanan yang pelik-pelik. Maksudnya yang pertama kali ditemui atau makanan tu hanya di situ saja yang ada. Mungkin ada kat tempat lain tapi namanya lain dan rasanya serta cara memasaknya berbeza.


Kuih Akok.


Kuih biji nangka


Belbab



Beka

Esok 26 Feb. '09 aku bersama Kumpulan Far East akan 'fly' ke Kelantan untuk memenuhi undangan persembahan di UiTM Machang, Kelantan (26 Feb mlm) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pengkalan Chepa (28 Feb. petang). Jadi pada 27 Feb. tu adalah waktu senggang untuk berjalan-jalan sambil mencari pasangan, oops...maksud aku makanan kegemaran. (...aku telah temui pasangan yang sekupu denganku).


Che Mek Molek

Buah Tanjung.

Getah Sokmo

Lompat Tikam.



Mas Jemput
Tedapat banyak makanan Kelantan yang mudah ditemui di KL namun kadang-kadang rasanya berbeza (antara sedap & tak sedap). Antara yang aku boleh sebut di sini seperti Nasi Dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, kuih taik itek, putri mandi, akok, biji nangka, seri muka, otak-otak, sata, siput sedut (ada ke?) dan macam-macam lagi lah. Dan jangan lupa keropok lekor. Makanan kat kelantan ni lebih kurang jer makanan yang terdapat di Terengganu. Nasi Dagang Terengganu, Sata & keropok lekor memang tak leh lawan buatan orang-orang Terengganu.

Keropok Lekor.

Chege ike kering
Antara yang tergambar di kepala adalah Pasar Siti Khadijah yang sarat dengan pelbagai makanan samada yang masih mentah atau pun yang telah siap sedia dimakan. Para peniaga di situ yang kebanyakkannya terdiri dari golongan kaum hawa (teringan lagu Hawa - Muadz) begitu mesra melayani kerenah pelanggan dengan tutur bicara yang lembut, sopan dan ramah tamah. Namun jangan la pulak ambil kesempatan...


Nyam, nyam, nyam....Nasi dagang...

Gulai Che Banding
Itik Solo


Karabu Daging
Kepada Pok Cik, Mok Cik, Abe, adik kakok dan semua yang mengenali dan tidak mengenali, sambutlah kedatangan kami yang entah ke berapa kali ini (namun tak pernah jemu). Kepada para peminat lagu-lagu Far East, temui mereka di tempat yang aku nyatakan di atas dan juga di pasar Siti Khadijah hehehe...



Sedapnya otak-otak...

Kepada sesiapa yang ada idea nak cari makanan yang pelik, sedap dan murah gitau ya!
P/S Gambar-gambar di ambil dari internet, mintak halal ya! nanti aku ambil gambar sendiri...

1 comment:

saljuhumairah said...

Assalamualaikum w.b.t...
thanks abg ito..kern sudi bertandang ke uitm machang kelantan..semoga kita semua mendapat berkat khususnya pelajar2 uitm kelantan...sebab banyak sgt tentangan untuk anjurkan kosert nie thanks bagi discount untuk cd far-east...credit to kumpulan far-east..persembahan yg mantap..tadi dah merasa kueh akok kan... what ever gudluck untuk famly abg ito..sham(semanggol) uitm machang.kelantan