Monday, January 5, 2009

Rerama Di Malam Pesona

Rerama di malam pesona
(buat Safirah)
.......................................
Rerama di malam pesona
tercarik sayapnya kerana cinta
suram siangnya kerana duka
namun mula mengepak semula
Mencari destinasi yang lain
menggagahi cinta kelmarin
merenung diri di sebalik cermin
menjejak setia sepanjang musim
Rerama di malam pesona
mengetuk pintu makna
namun yang ditemui hanya
wajah kelam tak bermaya
Rerama di malam hilang pesona
menebar sayap berparut luka
mencari cinta yang lain pula
semakin mengerti sandiwara dunia

ITO Lara
Jan. ’09

No comments: