Monday, January 5, 2009

Mencari Sukma Yang Tercicir

Salamz. Lirik ni aku tulis untuk seseorang...dia yang minta aku menulis kisah hidupnya dlm bentuk lirik kemudian dia akan melagukannya. Aku bukanlah pandai sgt mentafsir kisah hidup orang jadi apa yang aku tahu sajalah. Setakat ni lirik aku ni belum ada melodinya lagi. Siapa yang berminat bolehlah. Jangan risau kalau dipublishkan ada la royaltinya nanti. Penyanyi ni pun bukan sembarangan, ada jenama...bole jual punya...

..............................................................
Ketika takdir menemukan kita
Segala yang diduga terbukti nyata
Ribut menyihir samudra menjadi gelora
Merusah jiwa nakhoda dua bahtera

Merajut nyali bermunajat mohon berkat
Seindah riwayat citra cinta tersurat
Sehebat kasih para nabi kepada umat
Bukakanlah pintu segala rahmat

Tak kubiar butiran sesal gugur bertaburan
Tak ku kutip andai hadirannya menyiksakan
Sunnah kehidupan riwayatnya menyatakan
Pejuang kebenaran hidupnya tak kekal aman

Berilah aku sejenak kesempatan
Mengumpul kekuatan menjahit kelukaan
Reda aku menerima suatu ketetapan
Khilaf itu dariku bukan ketentuan

Mencari sukma yang tercicir di mana
Menatang harapan sayu pilu bertimpa
Sembunyi rahsia doa hati yang luka
Mohon dianugerahi sakti bahagia

ITO Lara

Dis '08
..............

p/s. Klu aku jumpa lagu yang lirik dia mcm ni kat pasar malam (cetak rompak) maknanya 'sukma yang tercicir' la tu.


3 comments:

wiralaga88 said...

abg ito, btol ke bleh lagukan lirik ni?nk try bleh? cmne nk kasi abg dgr?

penarais said...

saya ada cuba lagukan tapi tak tau la sedap ke tidak... buat chorus jer (pakai hemtam saja)

penarais said...
This comment has been removed by the author.