Tuesday, January 20, 2009

Nostalgia Aku & Nada Murni


Salamz. Gambar di atas aku ambil dari laman web Inteam (tanpa kebenaran pun...) Tujuannya adalah untuk aku mudah menceritakan nostalgia aku dan Nada Murni. Tujuan gambar tu digubah adalah untuk mempromosi album "Nostalgia Nada Murni - Rabbani" yang hangat di pasaran sekarang. Tak perlu aku nak ceritakan konsep album atau pengisiannya kerana umum semua dah tahu tapi yang aku nak ceritakan ni adalah nostalgia aku dengan Nada Murni...
Pertamanya aku nak bagitau yang nama aku ada la tercalit sedikit kat album ni (sebagai pembantu gitu-gitu jer...) Aku teruja sangat dengan album ni kerana di awal pembikinannya lagi, sewaktu meeting pertama dulu aku dah nampak gahnya album ini. Gah dengan nostalgianya, sejarahnya, kesudahannya dan lebih gah lagi Rabbani sendiri yang merupakan penyanyi asal Nada Murni yang menyanyi dalam album ini.
Disebalik itu, (biasa la...) aku punya nostalgia aku sendiri dengan Nada Murni terutama dgn anggota-anggotanya dan semua yang berada disebalik tabir album dan persembahan Nada Murni dulu. Ke manakah mereka semua sekarang ni. Harap-harap mereka sejahtera dalam peliharaan Allah.
Dulu aku juga terlibat dalam pembikinan album Nada Murni (masa hujung-hujung sebelum pengharaman) dan juga persembahan pentas. Aku terlibat sebagai penulis lirik dan skrip pentas. Namun masa tu orang semua tak kenal pun siapa aku kerana ketika itu aku menggunakan nick name Alif Lam Ra. (Orang sangka Alif Lam Ra tu orang lain yang lebih agung kononnya). Masa zaman tu nama orang lain selain 'orang tu' tidak boleh dihighlightkan kerana takut over shadow jadi para pengkarya masa tu kenalah patuh dan taat. Jangan ada yang cuba nak lebih-lebih (melawan taukeh).
Antara karya aku yang digunapakai masa tu seperti "Bila Nur Melimpah Di hati" yang dipentaskan di Padang Sekolah Sungai Penchala. Selain tu untuk persembahan Malam Sinar Maulidurrasul, untuk album Balada Makatulmukarramah, album Rari Raya dan banyak lagilah. Yang penting setiap karya tu mesti berpaten yang menjurus kepada ketaksuban dan pujian yang melampau. So, banyaklah karya aku yang tertolak....
Aku juga sempat menjadi Production Manager OVA Productions yang mengendalikan album-album Nada Murni & The Zikr. Banyak peristiwa pahit manis waktu tu. Dan yang paling aku tak boleh lupa ketika buat sound check untuk sebuah persembahan Nada Murni kat Gombak. Selepas siap pasang PA System kami buat ballancing muzik. Waktu tu aku guna album Ella USA untuk memballancekan muzik. Apalagi meletup la satu Sungai Penchala akan 'kejahatan' aku tu hingga sampai ke pihak atasan. Aku pun bagi lah alasan. Masa tu guna alat ketuk-ketuk jer so susahlah sket nak buat ballancing sebab tu la aku guna album Ella. Biasala aku kena sound pasal 'haram' katanya pasal Ella tu perempuan...Itu dulu...sekarang ni penyanyi wanita mereka bukan saja menyanyi malah menari tarian kipas lagi. (Oops...lebih-lebih pulak!)
Terlalu banyak pengalaman aku semasa 'Nada Murni' kalau nak diceritakan 40 hari 40 malam belum tentu habis. So aku berhenti di sini dulu. Kalau ada respon aku tulis lagi....

4 comments:

munajathamba said...

Abg.Ito, nak lagi...sambung ek...episod ke-2.

Husaini said...

Sambung2... menarik gak bila melibatkan sejarah dulu kala.... huhu

actually, tak ramai tahu melainkan insan2 yg tlibat di era itu.

Sempat dgr crita sikit je tntg kgemilangan the zikr n nada murni dari abg safuan.

Edzwan said...

sambung la lagi... memang hebat nostalgia tue...

hasrinabuhassan said...

Salam bang Ito Lara. Sebenarnya saya nak belajar buat lirik. Hehe.. boleh ke?