Wednesday, January 21, 2009

Nada Murni Di Acheh

Ada yang minta aku sambung so aku sambung la sikit. Ni cerita masa Nada Murni buat persembahan kat Acheh. Masa tu Acheh masih belum 'independence'. Tak ingat tahun bila tetapi ketika tu 'Akram' masih bermaharajalela di Malaysia. Untuk ke Acheh tu kenalah mendapat restu 'Ayuba', kalau tak murka nanti. Tapi mesti mendapat restu punya kerana telah ada dalam jadual Allah katanya...

Perjalanan ke Acheh sungguh meletihkan. Bermula dengan Feri dari Pulau Pinang sampai ke Medan. Ambil masa berapa jam aku tak ingat. Dari Medan kami naik van ke sana. Van yang kami naiki tu pulak...subhanallah, kalau kat Malaysia memang JPJ tak lepas punya. PUSPAKOM akan suruh beli van baru. Sepanjang perjalanan tu tah berapa kali rosak, berapa kali tayar meletop. Tuhan saja yang tahu. Jalan rayanya pulak macam jalan satu lorong kat Malaysia. Jalannya kecil dan berlubang-lubang. Ketika berselisih dengan kenderaan lain dari arah bertentangan aku hanya memejamkan mata dan berdoa moga Allah selamatkan dari bertembung. Bayangkan...Tetapi Alhamdulillah semuanya selamat. Pemandu di sana sungguh cekap dan hebat. Memandu macam pelesit terbakar rambut tapi kemalangan jarang berlaku. Satu tabiat pemandu di sana sangat suka membunyikan hon sepanjang jalan. jadi bunyi hingar bingar hon kenderaan ni dah menjadi kezaliman di kota dan desa. Perjalanan memakan masa sehari semalam. Entah berapa kali berhenti membaiki van dan menukar tayar dan sampai di suatu perhentian kami semua disuruh turun dan diperiksa tubuh badan oleh tentera Acheh. Apa lagi kecut perut gak dibuatnya tapi kami tak membawa sebarang senjata merbahaya jadi semuanya selamat.

Apa cerita Nada Murni?...

Kami disambut mesra oleh orang-orang sana dan dibawa melawat-lawat ke beberapa tempat menarik dan bersejarah. Antara yang aku masih ingat ketika di bawa ke Masjid Raya. Ketika kejadian tsunami beberapa tahun lepas Masjid Raya ni antara yang tak terusik tetapi persekitarannya habis dilanda ombak tsunami.

Malam tu Nada Murni membuat persembahan di sebuah dewan yang agak besar. Dewan apa dah tak ingat. Penonton pun ramai dan kebanyakkannya pengikut Aqram. Yang paling aku kagumi masa tu adalah deklamasi sajak oleh Pak Nora (Seorang penyair yang agak terkenal suatu masa dulu. Nama sebenar kalau tak silap Ali Hj. Ahmad, kalau silap siapa yang tahu tolong betulkan ya. Dia pernah menjadi kolumnis dalam majalah Anis. Dia masih hidup dan kini berumur 80an...) Pak Nora memang hebat bersajak dan sajak karangannya cukup aku kagumi. Malam tu Pak Nora mendeklamasikan sebuah sajak yang cukup indah dan mempersonakan. Sajak tu dikarang dalam minit-minit terakhir sebelum persembahan bermula. Hebatkan dia.

Nada Murni banyak membuat persembahan di dalam dan di luar negara tetapi cuba tanya berapa bayaran yang mereka terima. Semuanya lillahitaala. Penganjur bayar bukan atak bayar tetapi duit tu pergi mana. Selepas habis persembahan Nada Murni akan di bawa makan beramai-ramai namun sebelum meng'oder' makanan telah pun di peringatkan agar kosnya tidak melebihi RM5 sahaja. kalau terlebih bayar sendiri. Kesian...Tapi Nada Murni reda...Kalau tak percaya tanyalah mereka...

Kehidupan rakyat Acheh sangat susah. Kedatangan kita itu jangan harap mereka dapat menjamu kita tetapi mereka yang mengharap kita membantu mereka. Ketika pulang kami bersedekahlah apa yang termampu sehingga 'baju pagoda' aku pun mereka minta jadi aku pulang ke Malaysia sehelai sepinggang tanpa 'baju pagoda...'

Korang ni dah beli ke belum album Rabbani - Nostalgia nada Murni ni? Buat penat jer aku cerita kat korang. Korang tak akan dapat feel kalau tak dengar album ni...

Kalau aku suka aku sambung lagi...

1 comment:

Simfoni Revolusi said...

Alhamdulillah...saya dah dapat album Nada murni rabbani & hijjaz..

semuanya lagu nostalgia..best betul .. terpahat di sebalik tabir Aliflamra hee..