Wednesday, November 26, 2008

2 Hari 3 Negeri I

1. PULAU PINANG

Lokasi: Taman Indrawasih, Perai, Pulau Pinang.


Pengantin tiba.... pengantin tiba...
Sempoi jer pengantin pasangan adik beradik...
Mana pengantin perempuan?
Ada...tunggu kat dalam rumah.
Pengantin bukan untuk dipertontonkan...


Makan kenduri ke kenduri makan?
Semua kaum meraikannya kerana ayah dan ibu pengantin merupakan Guru Besar (ayah) dan guru biasa (ibu).

Lilin Seorang Guru
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Lagu & Lirik : Cikgu Khairul, Mie.. inteam & Munif Ahmad (Hijjaz)
Artis: In-Team (Impian Kasih)




Far East menghiburkan tetamu yang datang dengan celoteh dan menyanyikan hampir 20 lagu di tengahari itu.

Kunjungan ke Kompleks An-Nahdhoh,
Kubang Semang, Seberang Perai, Pulau Pinang.



Sungguh menakjubkan...tak disangka-sangka. Setelah menyusuri jalan yang tidak diturap dengan sempurna ini tiba-tiba tersergam di depan mata...


Kompleks pengajian yang di dalamnya terdapat dewan solat, dewan seminar, kelas-kelas pengajian tahfiz dan berbagai-bagai lagi.


Pemilik & Pengasas Yayasan An-Nahdhoh Ustaz Mutalib (34 tahun)


Bangunan mengandungi lebih 30 bilik hotel dan dewan seminar sebagai tempat penginapan para musafir dan pengunjung.


Ruang santai di tengah-tengah hotel


2. KEDAH
Lokasi: Pekan Rabu, Alor Setar.


Bahagian bawah (ground floor) terdapat gerai-gerai makan.

Pelbagai makanan ringan dijual di tingkat atas.

...dan kedai menjual cenderamata dan CD cetak rompak.


Antara CD yang dicetak rompak oleh lanun-lanun beragama Islam.


Lubuk Pekasam. Bagi penggemar ikan pekasam di sini dijual pelbagai spesis ikan seperti ikan, puyu, lampam, haruan, sepat, talapia dll.

No comments: