Wednesday, March 11, 2009

Yang Pergi Dan Yang Kembali

Salamz. Pagi itu 5 Mac '09 aku dikejutkan oleh beberapa SMS yang antara lain berbunyi:
"Salam. Dukacita dimaklumkan sahabat kita, En Arzmy (ex A&R EMI) telah pulang ke rahmatullah sekitar 12 tgh mlm tadi..."

Sampai saja di pejabat beberapa staff sedang memperkatakan hal yang sama. Selepas solat dhuha kamipun mengadakan tahlil sedekah buat Allahyarham Arzmy. Kemudian kami beramai-ramai menaiki kenderaan menuju ke Ampang untuk menziarahi jenazah beliau.
Aku tak lah rapat dengan Allahyarham tetapi kami saling kenal mengenali. Terakhir aku bertemu beliau ketika Majlis pelancaran Album Rabbani - Nostalgia Nada Murni & Konsert SMS di Restoran Cheng Ho.

Esoknya, sekali lagi aku dikejutkan dengan berita kematian Abang Zubir Ali. Kami tidak mendapat maklumat di mana ditempatkan jenazah beliau dan di mana akan dikebumikan. Lewat tengahari baru aku dapat tahu jenazah beliau akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Selepas solat Asar aku, Pian & Firzdan menaiki kereta menuju tanah perkuburan tersebut. Kami agak kelewatan kerana ketika kami sampai, jenazah beliau telahpun selamat disemadikan.

Seperti juga En. Arzmy, aku tidaklah rapat dengan Abang Zubir tapi bila berjumpa kami banyak berbual mengenai puisi, lirik dan perkara-perkara yang berkaitan. Paling akhir aku bersama beliau ketika kami sama-sama menjadi juri di Festival Nasyid Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Putra Jaya. Ketika itu beliau baru saja pulih selepas menjalani rawatan jantungnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayang ke atas roh mereka berdua. Al-Fatihah.


Majlis Yaasin dan tahlil di surau perjabat IRSB.


Menanti ketibaan jenazah dari hospital ke Masjid Kg. Melayu Ampang untuk disembahyangkan.


Kelihatan Kak Pah (Syarifah Aini) antara barisan artis yang turut menziarahi.


"Dalam gerimis yang bagaikan mengerti, jasadmu diusung pergi..." (Gerimis - Far East)



Melihat saja? (Aku bersama rakan-rakan dari Rabbani ...)



Suasana di Tanah Perkuburan Islam bukit Kiara tempat Jenazah Abang Zubir Ali disemadikan.

Gerimis tiba di hujungnya
Sampai waktu kan berhenti jua
Begitulah kehidupan kita di dunia
Tiada siapa yang kekal selamanya

Entah bila waktuku akan tiba...

1 comment:

Mengukir Sebuah kehidupan said...

Al-fatihah Utuk Arwah..Amin..