Friday, February 13, 2009

Mengetam di Restoran Cheng Ho


"Ko ni gigih betul la..."
Salamz. Tiba pula untuk aku memaparkan kesah Pelancaran Album Nostalgia Nada Murni - Rabbani dan Sidang Media Konsert Malam Sinar Maulidurrasul II (MSM II). Majlis berlangsung pada 11 Feb 2009 bertempat di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju. Bermula jam 2.30 petang dan berakhir pukul 5.00 petang. Majlis ini adalah dengan kerjasama Inteam Records dan Rabbani Productions.

Ramai wartawan, jurufoto dan artis yang hadir. Antaranya dari Berita Harian, Utusan, Harian Metro, TV3, RTM dan banyak lagi lah. Tak ketinggalan dari Majalah Anis dan DJ-DJ radio IKIM.fm. Artis pulak selain Rabbani, Inteam, Mawi & Ikin serta Amy Search sebagai pemilik Restoran Cheng Ho dan turut akan mengadakan persembahan MSM II nanti. Turut menghadirkan diri Dato Ustazah Nor Bahyah bersama suami Ust. Akashah dan Pak Dini serta isteri.


Agak sedikit menghampakan bilamana diumumkan Dato' Hajah Siti Nurhaliza tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain di RTM. Begitu juga Akhil Hayy.

Persiapan untuk majlis ni telah dibuat awal-awal lagi. Tempahan venue dan menu dah aku buat 2 minggu awal. Sedap sangat makanannya. Menurut Amy Search, semua menu yang aku tempah tu, resepinya memang dari China terutama 'Crab with salted eggs'. Memang cukup istemewa sehingga menjilat 10 jari.

Suffian Saujana sebagai MC menjalankan tugasnya dengan sempurna mengikut aturcara program yang telah siap disusun. Rabbani sebagai artis yang diraikan sempat menghiburkan para tetamu dengan 2 buah lagu dari album Nostalgia Nada Murni ketika tetamu sedang menjamu selera.

Di sebalik tabir Majlis...Upacara menaikkan back drop dan meeting-meeting agar majlis berlangsung dengan lancar.

No comments: