Thursday, February 12, 2009

Apa Sebenarnya...



Al kisahnya....
Senja tu suram sangat. Langit bagai nak runtuh. Yang jelas hujan lebat bakal melanda. Aku segera pulang ke rumah takut-takut kebasahan nanti. Tiba di rumah aku teringat 'house mate' aku gitau dia dah beranak lima...

Sebelum memasuki rumah aku sempat mengintai dia dan 'confirm' dia sedang bersama anak-anaknya...Dalam hati aku dapat mengagak apa yang akan berlaku nanti...Ini bukan pertama kali malah dan berkali-kali. Aku pun sudah bersedia untuk tidak kecewa lagi...Bukan meramal tapi aku jadi tahu akan episod terakhir kisah aku dan dia ini...

Hujan mula merembes selebat-lebatnya beserta kilat serta petir sabung menyabung. Mujur rumahku tidak terletak di zon banjir.Selepas membersih diri aku solat magrib. Usai 3 rakaat dan berdoa aku ke ruang tamu. Punat merah remote control Astro aku tekan. Bila 'menyala' layar tv aku terus menukar siaran ke 'channel 703'. Maaf ya kawan-kawan ini channel favourite aku. Apa korang nak kata, katalah...

Hujan terus melebat bagai air tempayan yang dicurah bila terdengar guruh di langit. Aku melabuhkan punggung di kerusi malas IKEA yang aku khususkan untuk menonton tv. Lapik kerusi yang aku beli di Padang Besar aritu dah menunjukkan tanda-tanda uzur. Jahitan tepinya mula tetas menampakkan kekabu putih. Dah berapa kali aku nak menjahitnya tapi masih tertangguh-tangguh.

Sedang aku asyik melihat Mamat Scandinavia tu memasak, aku terasa bagai ada yang tak kena. Aku terpandang bekas plastik biskut yang terletak di atas 'bar'. Maruku hancur yang Fadzli bagi haritu masih terdapat saki bakinya lagi. Sedap jugak kalau di kunyah-kunyah sambil menonton tv. Tapi itu bukan jawapan kepada perasaan kurang enakku. Ada sesuatu bagai memanggil-manggil aku untuk membuka pintu. Aku terus meluru dan menarik tombol pintu yang dah dua kali ditukar ganti kerana rosak (murah punya...). Alangkah terkejutnya aku bila mendapati dia bersama anak-anaknya kebasahan di depan rumah. Dia memandang ke arahku menagih simpati. Redup renung matanya membuatkan aku terpaku seketika. Tak terkeluar perkataan 'pergi' dari bibirku pabila melihat dia dan anak-anaknya kuyup dek hujan yang belum ada tanda-tanda mau berhenti.
(...kisah benar ini akan disambung jika ada permintaan).

2 comments:

Husaini said...

sambung abg ito.....

abid said...

abg ito...smbung2...best ni...