Thursday, January 29, 2009

Tangkai Jering


Pencinta ulam-ulaman sukakan jering

Salamz. Peribahasa melayu mengungkapkan "tangkai jering" untuk mengambarkan tabiat atau pe'el seseorang yang kedekut atau bakhil (seperti watak Hj. Bakhil dalam filem P. Ramlee, Labu Labi). Sifat kedekut atau bakhil amat 'keji' dan tersenarai antara sifat-sifat mazmummah (sifat buruk). Namun, apa kaitannya dengan jering yang tak berdosa sehingga namanya terbabit dalam fenomena kedekut ni.


Jering dalam bahasa Jawa disebut 'Jengkol'.

Orang-orang dulu sangat berhalus dalam membuat teguran atau amaran. Dalam apa jua keadaan mereka tidak mahu menimbulkan suasana yang tegang disebabkan malu. Maruah dan airmuka sesama insan amat dijaga supaya tidak menimbulkan pergeseran dan pergaduhan sesama insan. Jadi, dalam membuat teguran atau memarahi atau jua mengumpat mereka lebih senang mengambil iktibar dari apa yang dilihat, terjumpa atau teringat tentang apa saja yang berlaku di sekeliling mereka.


Seorang pemanjat jering yang separa profesional.
(Pandai naik tapi tak tahu turun, terpaksa menggunakan khidmat BOMBA)
Bagi mengatakan sifat wanita yang tidak baik walaupun mempunyai paras rupa yang cantik ditamsilkan kepada bunga dedap kerana bunga dedap itu cantik warna dan rupanya tetapi tidak berbau malam ada yang mengatakan ianya beracun. Maka terungkaplah pribahasa "Cantik bunga dedap". Begitulah jua apa yang berlaku kepada mengatakan tentang sifat orang kedekut atau bakhil ini.


Jering dipisahkan dari tangkainya.
Jering memang sedap dibuat ulam tetapi untuk meleraikan buahnya dari tangkainya agak susah sedikit kerana tangkainya amat liat. Ianya adalah untuk melindungi buahnya dari diambil atau dimusnahkan oleh binatang atau manusia. Demi menjamin kelansungan generasi jering dari terus pupus. Begitu Allah mencipta sesuatu di dunia ini dengan begitu teliti dan istimewa sekali. Sifat tangkai jering yang liat itu menjadi tamsilan kepada sifat kedekut.


Awas, jangan buang air merata-rata jika memakan jering...
Pribahasa lain yang turut mengatakan tentang prilaku orang yang kedekut ini adalah "genggam tak tiris". Keterangannya seperti berikut: bila seseorang itu menggeggam sesuatu benda seperti air atau bijirin dengan tangannya dalam keadaan yang terlalu kemas sehingga setitis air atau sebiji bijirin pun tidak menitis atau terlepas dari tangannya. Begitu dia terlalu berhati-hati dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

1 comment:

adalebih said...

Salam Tuan
Saya telah linkkan gambar jering ke dalam blog saya di http://adalebih.blogspot.com/2011/01/jering.html.
Mohon maklum jika ada sebarang perkara
Terima kasih