Thursday, December 18, 2008

Metafora

Salamz. Tentu ramai yang tahu dan pernah dengar lagu 'Metafora' nyanyian kumpulan NICE. Very nice lagunya. Ciptaan Nazri Abdul Rahman (Wan Shah sebenarnya...aku lebih tahu). Menurut wakil Nazz Music yang meminta aku tulis lirik ni, cerita ini adalah ceritanya. Dia bekalkan sebuah cerpen yang dibuat sendiri sebagai panduan aku mengolah lirik ni. Akhirnya jadilah lirik ini.
METAFORA

Sekerat akar mampu ku hulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan
yang terpamir di wajahmu
Terlalu naif untuk ku fahami
metafora puisi dusta dan pesonafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
kebenaran yang berpihak padaku
kerana peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyumanmu
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajar aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah ku temui sekuntum melati
mewangi yang tidak berduri

Lagu: Nazri Abdul Rahman
Lirik: ITO Lara

Kini aku timbulkan cerita ini kerana pada rumah terbuka Inteam Records aritu DJ Radio IKIM.fm bertanyakan tentang lirik ni. Dia kata ramai gak yang menggemari lagu ni, lirik tak tau la. Dia tanya canna aku dapat ide tulis lirik ni. Jadi, aku ceritakanlah...

Dalam hal ni aku tak kisah lah 'dia' punya cerita ke, ditujukan kepada sesiapa ke dan apa alasan mengapa lagu ini perlu ditulis...yang penting aku telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku tetapi...ramai yang tahu tentang ceritera ini dan aku lebih tahu...

Selamat mendengar dan moga terhibur. Yang baik dari Allah dan yang kureng dari aku hamba yang lemah. Dapatkanlah album NICE di pasaran kerana semua lagu-lagunya nice...

Kumpulan NICE

No comments: