Wednesday, June 24, 2009

Rindu Semakin Luruh

Salamz. Tadi malam sewaktu aku dan Pian tiba di Gerai Buragas, Ustaz Asri dan Azadan terlebih dulu sampai. Selepas menyalami mereka berdua aku duduk bertentangan Ustaz Asri. Pian sibuk menyampaikan kad 'kahwin' adiknya yang akan berlangsung pada 27 Jun nanti. Fiza tidak menyertai kami kerana gangguan kesihatan. Kami berempat mula berbual dan mencari topik-topik perbincangan yang hangat lagi 'melodi'.

Pembantu gerai muncul dengan semangkuk kuew tiaw sup yang masih berasap. Ustaz Asri menyambutnya. Aku menelan air liur bila terbau sup yang harum itu. Azadan hanya memesan segelas 'fresh orange'. Masih kenyang katanya.

Sememangnya pertemuan seperti malam tadi adalah rutin kami. Kebetulan kami terus bersahur untuk puasa hari ini (1 Rejab). Kadang-kadang kami berjumpa di AMS Smart, kadang-kadang di Jaluran dan kadang-kadang hanya di Rumah Nur.

Ustaz Asri menghirup kuew tiaw sup manakala Azadan menyedut fresh oren. Aku dan Pian masih lagi menunggu pembantu gerai datang untuk membuat pesanan. Ternyata layanan agak kurang memuaskan. Mungkin mereka keletihan agaknya. Setelah dipanggil barulah kami dapat membuat pesanan. Untuk 'mudah & cepat' kami memesan menu yang sama; Nasi Goreng Kampung dengan sup kosong.

Bual punya bual, borak punya borak tibalah makanan yang dipesan. Agak terkejut juga bila diberi hanya semangkuk sup kosong. "Mana satu lagi" tanya Pian. "Tadi odernya satu aja" pantas pembantu gerai warga Indon menjawab. "Ye lah..kalau dah order dua nasi tu bagi la dua sup" selar Pian pula. Tak lama kemudian sampai lah mangkuk sup yang satu lagi. Kami pun makan sahur sambil berbual lagi.

Sedang aku melayan nasi goreng kampung yang agak 'gagal', Ustaz Asri, Azadan dan Pian bercerita satu topik yang aku tak tau hujung pangkalnya. "Eh! cerita apa ni" aku mencelah. Tak mahu ketinggalan. "Ni...anak saudara Ustaz Asri meninggal Ahad lepas" Azadan memberi penjelasan. "Innalillah..., kenapa?, sakit apa" tanyaku ingin tahu. Soalan tipikal yang biasa ditanya bila mendengar berita kematian. "Aksiden motor" beritahu Ustaz Asri pula.

Ustaz Asri terus melanjutkan cerita. Dari sebelum hingga selepas kejadian. Sesekali Azadan mencelah. Kisah kematian yang sungguh meruntun jiwa. Iris aku mula membasah. Bulu rumaku meremang. Aku benar-benar tersentuh. Ustaz Asri juga bergenang airmata. Aku menahan sebak. Azadan dan Pian pun sama. Kami amat sedih saat itu.

Nasi goreng kampung bagai tak tertelan rasanya. Terpaksa aku tolak dengan air suam. Azadan memanggil pembantu gerai untuk memesan Udang Goreng Tepung untuk dua orang makan. "Udang habis bang" beritahu pembantu gerai. "Sotong?" tanya Azadan. "Sotong ada 3 ekor" aku menyampuk. Pian terkekeh-kekeh. Azadan dan Ustaz Asri terpana melihat Pian tertawa.

Sotong Goreng Tepung sampai dan Azadan terus menyambutnya. Sotong dipotong-potong, digoreng bersalutkan tepung. Tepungnya mengembung dek serbuk penaik yang ditambah ke dalam adunan. Sepiring sos cili disertakan sebagai pencicah.

Aku segera menghabiskan cicahan terakhir ketika Ust. Asri membuat bayaran. Terasa malu pulak bilamana setiap kali makan dengannya, dia yang membayar semua. Kita nak bayar dia kata, "Tak pe, tak pe, ana bayar semua". Semoga Ustaz lebih dimurahkan rezeki.

Di kamar, aku sukar melelapkan mata. Berpusing ke kanan dan ke kiri. Mulut berkumat-kamit membaca '3 qul' dan doa tidur. Kisah sedih mengenai kematian anak saudara Ustaz Asri berlegar-legar di ingatan. Terlalu menyusuk perasaan. Akhirnya mataku terlelap jua setelah rangka-rangka lirik ini tercipta.

Rindu Semakin Luruh

Ketika maut menjemputmu

Seisi alam berwajah sayu

Hati ibu dihiris sembilu

Ayah merintih meruntun kalbu



Khabar itu mengirim duka
Nenda menangis tiada puasnya
Potretmu beralun suara

Berbicara di mana-mana


Jiwa mudah tersentuh

Lambaianmu semakin jauh

Sebak berhimpun sendu berlabuh

Dan rindu semakin luruh



Terlalu awal pemergianmu

Begitu cepat kehilanganmu

Sungguh ajal sentiasa menunggu

Tidak bertangguh tiada berwaktu



Baru semalam kau ada di sisi

Hari ini engkau tiada lagi

Demikian ketentuan Ilahi

Bersama hikmah yang mengiringi...



Al-fatihah.

Monday, June 15, 2009

Hepi, hepi bestday...

Salamz. Tiada musik bergema, tiada taulan dan jiran tetangga, hanya kami sekeluarga. Kek pun murah saja...


























Wednesday, May 27, 2009

Mai oi chek mai


Mai oi chek mai chek mai
mari kita ke negeri kedah
mai oi bagi ramai
kita jamu nasik kawah

Salamz. Ketika dlm perjalanan ke Airport Alor Setar, dpt panggilan on-air radio Ikim.fm. Z & Z minta ulas mengenai topik kegiatan seni Islami dan mcm2 termasuk gossip 'panaz' yg melanda dunia seni Islami tanahair sekarang ni.
Aku jd x tau nak komen apa sekadar menceritakan kegiatan aku kat Kolej Universiti Insanniah (KUIN). Kebetulan di KUIN aku dijemput sebagai juri pertandingan nasyid antara IPTI. Apa yg aku ulas tu mungkin lari tajuk tp ada sedikit kena mengena dgn lirik dlm nasyid.
Kataku ' lirik adalah nyawa kepada sesebuah lagu nasyid. Jika sekadar muzik shj tanpa kata2 nasyid x memberi makna. Melalui liriklah mesej dan dakwah dapat disampaikan. So jgn abaikan lirik walaupun selalunya lirik diberi peruntukan markah yg rendah ttp harus diingat, hanya dengan 1 markah saja boleh membezakan antara juara dan tempat ke 2'.
Di sini dpt dilihat betapa pentingnya lirik dlm nasyid.
Masa aku tulis ni aku dlm train menuju pulang ke Rawang. Sayang, terpaksa ambil cuti 2 hari namun demi tanggungjawab aku teruskan...
Moga nasyid terus maju dan utk Z & Z, jgn main terjah je nanti silap terjah kena 'jerkah'. Kedua-dua Z ni memang best.

Kalau tak kerana jemputan ini tak kan gambar2 ni ada di sini...


Hijau padi menyambut kedatangan musafir ini...




Mencari ole-ole di Pekan Rabu. Laksa Kedah dan Bahulu Ikan yang mempersonakan.
























Kumpulan Inteam menyerikan Pertandingan Nasyid yang dihakimi.










































Dah sampai KLIA.

Thursday, May 21, 2009

Sri Menanti 16 Mei 2009

Salamz. Apa yang berlaku kat Sri Menanti 16 Mei 2009. Tarikh keramat ke?
Sejak malam 15 Mei 2009 lagi rombongan Cik Kiah telah berangkat ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk memenuhi undangan persembahan marhaban dan selawat sempena majlis walimatulurus Iranna Yazmin Dato Setia Haji Marzuki dengan pasangannya Iskandar Tan Sri Abdullah Sanusi. Persembahan marhaban semasa majlis khatam quran dan selawat pulak ketika majlis berarak. Banyak pengalaman yang dapat dikutip dan pelbagai kerenah manusia dapat dilihat.

Perjalanan melalui Bukit Putus ke Kuala Pilah merupakan satu pengalaman yang cukup menarik. Nama pun Bukit Putus. Jalan raya yang kecil di celah-celah bukit yang terputus. Penuh liku-liku (korner baring dan terlentang), jurang yang dalam serta kenderaan yang berderet-deret dan tidak boleh memotong.

Akhirnya sampai jua kami ke destinasi yang dituju.
Singgahsana. Tempat berkhatam Quran.

Di hadapan pelamin yang belum siap katanya. Mengapa tak siap? Mmm...hanya kami jer yang tau...

Persembahan bermula...

Khatam Quran.


Bergambar bersama kaum kerabat pengantin seusai majlis khatam quran.

Esok malam ketika di upacara bersanding. Sedang menunggu ketibaan Yang Di Pertuan Besar tiba.


Keberangkatan tiba...

Persandingan diraja gitu...

Pelamin yang dah siap akhirnya...

Majlis santapan

Sebelum pulang sempat bersiar-siar di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Banyak bendul kan.

Monday, May 11, 2009

Ibu...

Salamz. Sempena Hari Ibu ku tulis lirik ini...berbetulan dengan permintaan Akhil Hayy yang dalam pembikinan album baru...

IBU

Ho...hu…

Hingga larut ke pagi
Berbicara dengan nurani
Mimpi pun pergi rindu berbaki ooo…

Mulus raut wajahmu
O..! tergambar jelas di layar benakku
Merenung sayu melambai daku ooo…

Ibu...
Tolong redakan sengsaraku
Restui kami ooo...
Dengan dia cahayaku
Kasihku...

Ibu...

Bila duka begini
Teringatkan kasih abadi
Jiwa yang suci
Tulus dan murni murni

Bila luka begini
Hanya ibu yang aku cari
Pengubat hati
Penawar sakti
Oh! Kasih...

Ibu...
Kaulah syurga seluruh hidupku
Doakan kami ooo... selama-lamanya
Oh! ibu... Ooo.. kasih

Ooo...
Ooo...ibu...ibu...

Lagu: Ajoy
Lirik: ITO Lara (Gurindam Entertainment)

Tuesday, April 28, 2009

Baby PBAKL 2009

Salamz. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)2009 sudah beberapa hari berlalu namun keletihannya belum lagi hilang. Banyak gak kenangan2 pahit manis yang sempat ku kutip...Tentu ramai peminat buku akan mengupdate blog atau apa-apa saja dengan memuatkan cerita2 dan gambar2 sempena PBAKL 2009.
Aku pun tak ketinggalan tapi mungkin lain sikit dari orang lain. Pilihanku adalah bayi-bayi yang dibawa mengunjungi PBAKL 2009. Di usia senja ni bila tengok baby yang comel-comel teringin pulak...maksud aku...cucu...





Anak Pak Arab...




Jiran lama hampir 15 tahun x bersua...

Baby 'haram' yang halal...
Banyak lagi penemuan-penemuan misteri yang tak dapat aku muatkan di sini...

Wednesday, April 22, 2009

Akupun Jadi Rindu Pada Bau Pohon Tin




Salamz. Tengah malam itu mataku agak sukar dilelapkan. Waktu ketika itu sudah menghampiri jam 2.00 pagi. Aku perlu tidur segera kerana esok ada lagi kerja-kerja yang perlu aku lunaskan sebelum berangkat ke PWTC untuk membantu teman-teman IRSB membuka booth menjual product IRSB sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Telah pun aku baca beberapa potong ayat-ayat suci al Quran dan doa-doa serta selawat. Kedinginan udara dari penghawa dingin ku harap dapat mensegerakan peniduranku tapi seperti gagal melelapkan mataku. Segalanya bermula setelah aku usai mentelaah sebuah travelog tarbiah nukilan rasa Ust. Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com). Aku amat kagum dengan catatan pengalamannya yang amat dramatik dan sering mengundang sebak di dada.

Aku lalu mencapai telefon bimbit yang sedang dicas lalu aku pun mula menaip-naip...


"Salamz..."(aku tak pasti samada Ust. Hasrizal menerima atau tidak sms aku tu dan aku tak mengharap sebarang jawapan darinya).


Aku sempat bergambar dgn Ust. Hasrizal (saifulislam.com)

SMS aku agak panjang memakan hampir 5 frames. Selesai saja menekan butang 'send' aku terus mengecas semula dan kembali membaca doa tidur dan zzz...